Sabtu, 13 Ogos 2011

BIDADARI DI MAHLIGAI CINTA





Bidadari,


Kau terlalu istimewa,


Kewujudanmu di dunia ini tidak di ketahui manusia lain,


Kecuali seorang pencinta yang sentiasa di sisimu,


Sungguh bertuah Sang pencinta itu memilkimu di dunia lagi,


Bidadari,


Di saat wanita lain sibuk meninggalkan mahligai mereka,


Kau masih setia menghiasi mahligai cinta kasih Sang Pencintamu,


Ditemani putera puteri yang menyeri mahligai yang indah,


Walaupun Sang pencinta mu tiada bersamamu,kau masih kekal di mahligai itu,




Bidadari,


Di kala wanita sibuk dengan kebanggaan dunia ini,


Kau masih tetap di mahligai cinta itu,


Mengusap lembut wajah putera puterimu,


Setia menanti kepulangan Sang Pencintamu ,


Bidadari,


Ketika dunia mengangungkan kehebatan duniawi,


Kau senang dengan mahligai mu yang penuh keajaiban,


Ada cahaya yang mendamaikan di mahligai mu,


Ada hembusan kasih di setiap penjuru mahligaimu,


Bidadari,


Kau tetap cantik dan semakin cantik


Sang pencintamu sangat terpesona,


Setelah melihatmu dan memilkimu,


Sang pencinta tiada lagi inginkan wanita lain dihatinya,


Kerna kau bisa mencukupi segala keinginannya,


Sang pencintamu sangat senang bersamamu di mahligainya,


Kerna hiasan kasih sayangmu mempesona,


Kerna lenggok gayamu memukau matanya,


Oh sangat rugi pencinta wanita yang memiliki wanita,


Tetapi tidak mempunyai Sang bidadari,


Kebahagiaan dan ketenangan hidup Sang pencinta,


Dapat dinikmati apabila dia benar-benar sudah memiliki Bidadari.


Ingatlah wahai Sang pencinta,


Setelah kamu membiarkan wanita-wanitamu ,


Keluar meninggalkan mahligaimu,


Tercabutlah sifat ‘’bidadari’’nya,yang boleh kau nikmati di dunia ini lagi,


Bagaimana wanita-wanitamu bisa menduduki takhta Ketua Bidadarimu di syurga sana?


Sekiranya di dunia lagi mereka telah hilang sifat ‘’bidadari’’ dalam diri mereka,


Aduh! Sayang sekali !!




Nuur Muslimatusy Syahidah 2011..(di pagi hari sambil berchat dengan seorang ''bidadari'' yang sangat cantik..(^____^).


SAAT SUAMIKU DI JALAN ALLAH, INDAHNYA SATU 'KERINDUAN'.

    Assalaamualaiykum...Alhamdulillah kita sudah hampir di pertengahan bulan yang penuh rahmat dan maghfirah ini. Alhamdulillah..., Ramadhan kali ini amat bermakna buatku, aku  tidak  menyangka yang suamiku di pilih untuk keluar Jemaah di bulan ini pada tahun ini. Sebabnya sebelum suami dapat cuti, aku langsung tak nampak ''jalan''nya, cuma mampu berdoa agar Allah pilih suamiku kali ini, semuanya berlaku 'last minute'.

   Begitu juga semasa aku sangat-sangat ingin keluar Jemaah Masturat 3 hari penghujung tahun lalu, apabila aku dengar keriangan sahabat-sahabat untuk keluar Jemaah , aku cuma mampu berkata '' insyaAllah '', sebabnya aku tak nampak langsung ''jalan''nya, bagaimana? Siapa?  Di mana? ...Semua persoalan bermain di minda...''Last minute'' juga ...akhirnya aku dapat juga keluar Jemaah, walaupun cuma 3 hari tapi ia cukup bermakna buatku.

    Seminggu suami keluar Jalan Allah, anak sulongku demam. Sungguh aku tidak menyangka demamnya kali ini agak teruk , berlarutan sehingga seminggu, hilang selera makan, ulser mulut yang serius, sakit telinga, sakit-sakit peha dan lutut dan hilang semangat.

    Setelah seminggu anakku demam, aku pula yang mengalami batuk-batuk, sakit-sakit badan dan kepala, Alhamdulillah di saat tangan mengetik 'keyboard' ini, aku sudah semakin pulih dan anakku Tamim juga semakin baik keadaannya, dia sudah mula makan. Sebenarnya aku amat faham, demamnya kali ini cukup memakan masa untuk sembuh, berilah aku peluang untuk terus berdoa dan solat hajat untuk anakku ini.

    Sebenarnya aku tiada ''keyaqinan'' langsung untuk bawa anakku ke Klinik atau jumpa Doktor, bukan kerana aku degil atau keras kepala, tapi aku harap kalian faham ''keyaqinan aku pada Tuhan, ya Allah, aku malu sekiranya aku berbuat begitu, aku cukup yaqin dengan janji-janjiMu, aku takut andai ada ''sesuatu'' yang merosakkan keyaqinan aku pada Mu. Kenapa aku harus berbuat sesuatu yang aku sendiri tidak ''yaqin''. Alhamdulillah gurunya di sekolah amat memahami,tambahan cuaca di sini tidak menentu,ramai juga pelajar mengalami simptom yang sama.

    Apabila aku fikir kembali,apalah sangat ujian ini nak di bandingkan Para Sahabiyyah dulu,sungguh tak terjangkau pengorbanan mereka untuk agama Allah.Sedangkan aku di sini hidup dengan selesa,makan,pakai,tempat tinggal,semua suami dah sediakan,makanan?dah penuh satu Peti ais,apalagi?Ahhhh aku cukup malu,dengan sahabat-sahabat masturah yang selalu berkorban untuk Agama Allah, ini pun  dah tak terjangkau olehku apatah lagi mereka ,yakni Para Sahabiyah..RadhiaAllahu anhunn.Jangan kasihan dengan aku,apabila suamiku keluar untuk Dakwah dan Tabligh.

    Perasaan? Siapa tidak rindu suami, dan suami pula ,mana mungkin dia tidak merindui isterinya di kala berjauhan begini. Sahabat-sahabat yang sudah melaluinya,pasti tahu apa yang ada disebalik 'kerinduan' ini,dan apa 'natijah'nya merindu begini.Alhmadulillah rindu ini cukup indah,rindu ini banyak mengajar aku banyak perkara,yang paling mahal adalah 'sakinah',iyaa ketenangan yang sukar di jelaskan,hanya yang sudah melaluinya,akan merasainya,insyaAllah.

    Aku dan suami tidak sebagus mana dalam Usaha ini,tapi kami cuba buat yang terbaik untuk agama Allah ini,tidak seperti sahabat-sahabat yang lain yang selalu dapat keluar Jemaah,Tahniah buat kalian semua,pengorbanan kalian sangat besar di sisi Allah SWT,teruskan perjuangan.Aku ini baru belajar-belajar nak mujahadah dalam usaha ini.Alhamdulillah mujahadah ''sendirian'' dulu sudah ditempuhi,sehinggalah aku berjumpa dengan suami ku yang banyak mengajar aku dalam ''Dakwah dan Tabligh''.

    Alhamdulillah banyak perkara Allah mudahkan sepanjang suamiku tiada di sisi. Aku juga tahu mujahadah suamiku lebih hebat dan sangat berat ujian yang perlu dia tempuhi semasa di jalan Allah berbanding dengan ujian yang aku lalui. Aku di rumah berada dalam keadaan selesa, uamiku dan rakan jemaah yang lain juga? Mereka tidak akan berada se'selesa yang kita (isteri)  rasa. 

   Setiap hari mereka bermujahadah jumpa dengan bermacam jenis orang ,makan minum mereka, tidur rehat mereka dan urusan-urusan peribadi mereka yang lain, semuanya memerlukan mujahadah dan hati yang kuat. Apatah lagi soal hati mereka, rindu mereka lebih hebat daripada rindu kita (isteri).Ya Allah, sinarilah kami dengan hidayahMu, juga rahmatilah mereka dan mudahkan segala urusan mereka.
    Aku ingin menikmati indahnya hidup sendiri di saat suami di jalan Allah, aku ingin menikmati indahnya menyambut kepulangan suami dari Jalan Allah, seperti sahabat-sahabat masturat yang lain. Setiap kali aku dengar sahabat-sahabat dapat hantar suami mereka keluar jalan Allah, aku sangat cemburu dan sangat kagum dengan mereka. 

   Aku mula bertanya-tanya pada diriku ''Aku bila lagi ?'' Sebab setiap kali suami keluar untuk 3 hari pun,s uami melangkah je keluar dari ' mahligai kasih ' ini, aku mula menangis, bukan hati tak redha, aku cukup faham tapi hati aku sukar melepaskan sebabnya, seolah-olah aku belum bersedia, hurmmm..padahal 3 hari jer. Puas menangis, timbul rasa malu dengan Allah, sampai bila harus menangis dan rasa 'sunyi' tanpa suami di sisi.

   Suami bukan ke mana-mana pun, hanya keluar untuk agama Allah yang mana, kembalinya suami kepada kita, adalah suami yang semakin baik akhlaknya, semakin romantis sifatnya, semakin prihatin nalurinya. Ohhh kenapa aku harus tangisi? Ianya satu keajaiban yang mereka di luar sana belum rasa, 'bahagianya hidup bersama suami seorang 'tabligh''.

    Satu perkara lagi, membuatkan aku mula malu dengan Allah, ketika aku masih remaja aku selalu melihat Jemaah Tabligh buat 'ghast/ziarah', selalu lihat mereka di Masjid yang berhadapan dengan rumah Ibubapaku. Bermacam perkara buruk orang kampung ku bercerita tentang mereka, padahal semuanya fitnah, tapi mereka tetap berkorban dan kelihatannya mereka cukup sabar dan tawadhuk, ini benar-benar buat aku kagum. Kalaulah mereka-mereka ini tidak buat pengorbanan, tinggal anak isteri mereka untuk Agama Allah ini, masakan aku dapat mengenal mereka. Jadi, kenapa tidak aku hantar suami dan anak-anakku untuk buat perkara yang sama?

    Astaghfirullah, moga Allah tetapkan hatiku sampai akhir hayatku. Sesuatu yang paling mahal dalam hidupku adalah di saat hatiku yang terhijab selama ini terbuka hijabnya, maka terlihatlahlah segala keindahannya dan kebenarannya. Sungguh aku tidak menyangka di saat aku mula berpaling ke arah 'lain' ,Allah hantar suami kepadaku, asbab pernikahan ini, aku masih diberi peluang untuk mengenal apa itu Jemaah Tabligh' yang suatu ketika dulu aku sangat ingin tahu,t api kerana beberapa ujian menimpa dan tegahan daripada beberapa rakan dan juga ustaz dan ustazah semasa di Sekolah, Madrasah dan Pondok dulu, aku mula terpandang ke arah 'lain',,Subhaanallah Allah masih mengizinkan aku.

   Terima Kasih Tuhan,terima kasih  ya Rasulullah SAW,kerna tunjuk ajarmu hidupku semakin bahagia,terima kasih suamiku yang banyak sabar dengan kerenahku dan berusaha untuk memahamkan aku,terima kasih ibu dan ayahku serta adik beradikku yang memahami apa yang aku 'perjuangkan',dan terima kasih sahabat-sahabat masturaat yang banyak memberi kata-kata semangat padaku.Moga Allah merahmati kalian semua.Allahu Akbar!.


   Mohon maaf,andai tulisan ini ada salah silap.(-_-),ia berlaku kerna kelemahan diriku sendiri.
wa'salaam.


Nuur Muslimatusy Syahidah 2011.
    
  


Ahad, 17 Julai 2011

ADAB-ADAB DALAM BERSAHABAT

Adab orang yang bersahabat itu ada banyak perkaranya, tetapi disebutkan oleh Imam Al-Ghazali didalam kitabnya “Bidayatul-Hidayah” hanyalah dua puluh tiga perkara sahaja yaitu:

(1) Melebihkan sahabatnya atas dirinya dari segi material.Jangan terlalu bakhil.

(2) Membantu sahabatnya dari segi keperluannnya dengan bersegera tanpa ia meminta tolong.

(3) Menyembunyikan segala rahsia-rahsia sahabatnya.

(4) Menutup segala kea’ibannya.

(5) Apabila ia mendengar seseorang mencela sahabatnya, dia tidak menyampaikan perkataan itu kepada sahabatnya.

(6) Apabila seseorang menceritakan keburukan sahabatnya, janganlah ia mendengarnya.

(7) Apabila mendengar seseorang memuji sahabatnya atau sesuatu yang menyukakannya, hendaklaklah ia menyampaikan khabar itu kepadanya.

(8) Apabila sahabatnya berucap, hendaklah ia bersungguh-sungguh mendengar ucapannya.

(9) Meninggalkan berbantah-bantah dengan sahabatnya.

(10) Memanggil sahabatnya dengan nama yang ia sukai, bukan gelaran yang buruk.

(11) Apabila melihat sahabatnya berbuat kebajikan, hendaklah ia bersyukur atas perbuatannya.

(12) Menegahkan seseorang daripada mencela sahabatnya sepertimana ia menegahkan seseorang mencela dirinya.

(13) Memberi nasihat kepada sahabatnya dengan perkataan yang lemah lembut,bukan dengan sindiran yang pedas dan tajam menikam hati.

(14) Memaafkan segala kesilapan sahabatnya, bukan memerli atau menempelaknya.

(15) Mendoa’kan sahabatnya didalam solatnya semasa hidupnya dan selepas matinya.

(16) Membuat kebaikan dengan ahli keluarga sahabatnya kemudian dari matinya.

(17) Jangan membebani sahabatnya dengan permasalahannya supaya senang hatinya.

(18) Menzahirkan kegembiraan dengan sebab nikmat yang didapati oleh sahabatnya.

(19) Menzahirkan kedukaan dengan sebab kesusahan yang menimpa sahabatnya.

(20) Hendaklah ia memulai salam ketika bertemu dengan sahabatnya.

(21) Apabila datang sahabatnya ke suatu majlis, hendaklah ia membuka ruang duduk untuk sahabatnya dan jika tiada ruang untuknya, hendaklah ia berpindah ketempat lain bagi memberi ruang untuk sahabatnya.

(22) Apabila sahabatnya mahu pulang ketempatnya, hendaklaklah menurutinya hingga kemuka pintu rumah atau pagar untuk memuliakannya.
(23) Apabila berkata-kata sahabatnya, hendaklah ia diam seraya mendengar segala perkataannya sehinggalah selesai.Kemudian barulah ia memulakan pula perkataannya.Dan jangan sekali-kali ia mencelah perkataan sahabatnya.

PILIH SAHABAT

Apabila kita mahu memilih sahabat untuk menemani kita dalam menuntut ilmu atau untuk pekerjaan agama dan dunia atau teman bermusafir, hendaklah kita memelihara dan memilih ciri-ciri seperti berikut:

(1) Orang yang sempurna akalnya.Maka tiada faedahnya kita bersahabat dengan orang yang kurang akalnya kerana pada akhirnya membawa kepada perkelahian dan menyakiti hati.Musuh yang berakal terlebih baik dari taulan yang bodoh.

(2) Orang yang baik akhlak kelakuan dan budi perangainya.Maka janganlah bersahabat dengan orang yang buruk akhlak perangainya iaitulah orang yang tidak dapat mengawal marah dan nafsu mazmumahnya.

(3) Orang yang soleh. Maka jauhkan bersahabat dengan orang fasiq yang sentiasa melakukan dosa kerana kita takkan terlepas dari kejahatannya.

(4) Orang yang tidak cintakan dunia. Kerana bersahabat dengan orang yang sangat cintakan dunia (materialistik) itu seperti racun yang membunuh diri kita.

(5) Orang yang siddiq (benar) pada segala perkataan dan perbuatannya.Bukan cakap tak serupa cakap kerana berdusta itu antara ciri-ciri orang munafiq.

KATEGORI SAHABAT

Ketahuilah bahawasanya sahabat itu tiga kategori:

(1) Umpama makanan yang tak dapat tidak kita memerlukannya setiap waktu.

(2) Umpama ubat yang diperlukan ketika sakit dan tidak diperlukan ketika sihat.


(3) Umpama penyakit yang kita tidak memerlukannya sekali-kali bahkan
kita perlu menjauhinya

{Rujukan kitab Hidayatus-Salikin karangan Syeikh Abdu Somad Al-Palembangi}

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular