Ahad, 17 Julai 2011

ADAB-ADAB DALAM BERSAHABAT

Adab orang yang bersahabat itu ada banyak perkaranya, tetapi disebutkan oleh Imam Al-Ghazali didalam kitabnya “Bidayatul-Hidayah” hanyalah dua puluh tiga perkara sahaja yaitu:

(1) Melebihkan sahabatnya atas dirinya dari segi material.Jangan terlalu bakhil.

(2) Membantu sahabatnya dari segi keperluannnya dengan bersegera tanpa ia meminta tolong.

(3) Menyembunyikan segala rahsia-rahsia sahabatnya.

(4) Menutup segala kea’ibannya.

(5) Apabila ia mendengar seseorang mencela sahabatnya, dia tidak menyampaikan perkataan itu kepada sahabatnya.

(6) Apabila seseorang menceritakan keburukan sahabatnya, janganlah ia mendengarnya.

(7) Apabila mendengar seseorang memuji sahabatnya atau sesuatu yang menyukakannya, hendaklaklah ia menyampaikan khabar itu kepadanya.

(8) Apabila sahabatnya berucap, hendaklah ia bersungguh-sungguh mendengar ucapannya.

(9) Meninggalkan berbantah-bantah dengan sahabatnya.

(10) Memanggil sahabatnya dengan nama yang ia sukai, bukan gelaran yang buruk.

(11) Apabila melihat sahabatnya berbuat kebajikan, hendaklah ia bersyukur atas perbuatannya.

(12) Menegahkan seseorang daripada mencela sahabatnya sepertimana ia menegahkan seseorang mencela dirinya.

(13) Memberi nasihat kepada sahabatnya dengan perkataan yang lemah lembut,bukan dengan sindiran yang pedas dan tajam menikam hati.

(14) Memaafkan segala kesilapan sahabatnya, bukan memerli atau menempelaknya.

(15) Mendoa’kan sahabatnya didalam solatnya semasa hidupnya dan selepas matinya.

(16) Membuat kebaikan dengan ahli keluarga sahabatnya kemudian dari matinya.

(17) Jangan membebani sahabatnya dengan permasalahannya supaya senang hatinya.

(18) Menzahirkan kegembiraan dengan sebab nikmat yang didapati oleh sahabatnya.

(19) Menzahirkan kedukaan dengan sebab kesusahan yang menimpa sahabatnya.

(20) Hendaklah ia memulai salam ketika bertemu dengan sahabatnya.

(21) Apabila datang sahabatnya ke suatu majlis, hendaklah ia membuka ruang duduk untuk sahabatnya dan jika tiada ruang untuknya, hendaklah ia berpindah ketempat lain bagi memberi ruang untuk sahabatnya.

(22) Apabila sahabatnya mahu pulang ketempatnya, hendaklaklah menurutinya hingga kemuka pintu rumah atau pagar untuk memuliakannya.
(23) Apabila berkata-kata sahabatnya, hendaklah ia diam seraya mendengar segala perkataannya sehinggalah selesai.Kemudian barulah ia memulakan pula perkataannya.Dan jangan sekali-kali ia mencelah perkataan sahabatnya.

PILIH SAHABAT

Apabila kita mahu memilih sahabat untuk menemani kita dalam menuntut ilmu atau untuk pekerjaan agama dan dunia atau teman bermusafir, hendaklah kita memelihara dan memilih ciri-ciri seperti berikut:

(1) Orang yang sempurna akalnya.Maka tiada faedahnya kita bersahabat dengan orang yang kurang akalnya kerana pada akhirnya membawa kepada perkelahian dan menyakiti hati.Musuh yang berakal terlebih baik dari taulan yang bodoh.

(2) Orang yang baik akhlak kelakuan dan budi perangainya.Maka janganlah bersahabat dengan orang yang buruk akhlak perangainya iaitulah orang yang tidak dapat mengawal marah dan nafsu mazmumahnya.

(3) Orang yang soleh. Maka jauhkan bersahabat dengan orang fasiq yang sentiasa melakukan dosa kerana kita takkan terlepas dari kejahatannya.

(4) Orang yang tidak cintakan dunia. Kerana bersahabat dengan orang yang sangat cintakan dunia (materialistik) itu seperti racun yang membunuh diri kita.

(5) Orang yang siddiq (benar) pada segala perkataan dan perbuatannya.Bukan cakap tak serupa cakap kerana berdusta itu antara ciri-ciri orang munafiq.

KATEGORI SAHABAT

Ketahuilah bahawasanya sahabat itu tiga kategori:

(1) Umpama makanan yang tak dapat tidak kita memerlukannya setiap waktu.

(2) Umpama ubat yang diperlukan ketika sakit dan tidak diperlukan ketika sihat.


(3) Umpama penyakit yang kita tidak memerlukannya sekali-kali bahkan
kita perlu menjauhinya

{Rujukan kitab Hidayatus-Salikin karangan Syeikh Abdu Somad Al-Palembangi}

Khamis, 30 Jun 2011

MADU LEBAH ,PENAWAR YANG DIJANJIKAN ALLAH.


Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (Ayat 68:Surah An-Nahl)

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Ayat 69:Surah An-Nahl)

  Assalaamualaikum buat semua ,alhamdulillah Bidadari Hisham sedang demam,selesma,sakit tekak,sakit urat...setelah melalui ''perjalanan'' yang agak jauh,Petaling Jaya ke Terengganu ke Kelantan ke Petaling Jaya.Masa kat Terengganu syok sangat berjalan tepi Pantai batu Buruk,syok sangat makan keropok lekor,sakit tekak dah rasa sikit-sikit,tapi buat-buat malas nak makan madu,padahal madu dah bawa dalam bekal.Itulah asbabnya sehinga sakit tekak ni melarat-larat,lagi pulak ''tonsilittis'' dah sebati dalam diri,walaupun dah menjalani pembendahan membuang tonsil,kadang-kadang ia menyerang juga walaupun tonsilku dah kena buang(huhuhuh sedih gakk..)..ermmm kalau dah sakit tekak,jadi sakit urat dan selesma.
  Alhamdulillah Allah beri kekuatan juga untuk uruskan tanggungjawab walaupun tak dapat buat semua,terima kasih buat suami dan anak-anakku yang sangat-sangat memahami keadaan ummi ini.Sakit urat ni dah sebati dalam diri dari masa usia saya kecil lagi,puncanya sakit tekak,..kalau demam je badan mesti terketar sampai sesetengah orang tu ingat saya kena demam malaria,haihh deme ni pelik-pelik..saya ni demam sakit tekak larrr....tapi masa tu saya tak kenal dengan ''madu lebah''...ubat  yang saya selalu ambil masa tu ''paracetamol dan antibiotik'',kalau pergi ke klinik,itu lah ubatnya.Bayangkan lah selama 17thn saya ambik ubat tu,boleh kata setiap minggu,sebab tekak ni sensitif sangat jadi mudah demam laa.
  Apa jadi kepada saya?Saya hilang semangat,selalu rasa ''tak larat'',rasa penat selalu,..sampai satu tahap saya terpaksa ambil 14 jenis ubat-ubatan termasuk ubat gastrik dan macam-macam lagi,tak ingat sebab banyak juga penyakit masa tu,bingung dah rasanya,bila lagi nak sihat macam orang lain,kena panas sikit,demam,makan kekacang,makan pedas,minum ais pun demam.Kawan-kawan syok duk main sukan,kita tak dapat,sebab kalau main,''confirm'' esok demam..huhuhu..itulah.
  Oh ye,pasal madu lebah tuu,Mak saya ada simpan satu botol kat rumah.Saya tanya mak''madu ni untuk apa?'' mak cakap ''madu ni orang cakap ubat,tapi kalau makan madu ni tak boleh makan tu makan ni''..Aiseyy camne nii??banyak jugak benda yang tak boleh di makan mengikut penjelasan mak,jadi  kami sama-sama tak tahu menahu tentang madu ni,memang tak berani nak makan madu,jadi madu tu tak terusik bertahun-tahun lamanya.Bijak betul ''musuh-musuh islam ni kan,mereka berjaya mengubah persepsi masyarakat islam tentang ''madu'''.
   Apabila saya nikah dengan suami,suami agak terkejut apabila dia dapat tahu saya ade 14 jenis ubat untuk di telan.Wah wahwah...sekali saya kena ''ceramah dengan encik suami siap dalil-dalilnya sekali'' tentang khasiat madu,ALHAMDULILLAH sejak itu saya ''stop'' ambil ubat-ubatan tadi,Saya ambil madu je setiap kali demam ke,sakit ke,batuk-batuk ker.Subhaanallah sejak ambil makanan sunnah ini,makanan yang di jamin Allah ini,rasa sangat perbezaannya,badan lebih cergas,gastrik dah hilang,sakit tekak pun jarang sangat menyerang,kalau  sakit tekak sikit-sikit,terus ambil madu,insyaAllah tak melarat.Sejak itu saya langsung tak sentuh ubat-ubatan tadi,eeeeee seramm,dah tak sanggup nak rasa macam dulu,kesannya masih ada sampai sekarang.
 Alhamdulillah dengan izin Allah juga shida dapat kenal dengan madu lebah,yang kini jdi ubat utama kami sekeluarga dan juga sebagai makanan tambahan di samping habbatussauda',minyak zaitun dan sebagainya ,insyaAllah.Anak-anak shida pun shida beri mereka makan madu dari bayi lagi,sebab terus terang shida beritahu kami tidak ambil suntikan imunisasi pada anak-anak.Solah 2 rakaat ,sabar dan madulah ubatnya di kala kami sakit.
  Sebagai ummat islam ,sebagai hamba Allah kita mesti yaqin dengan janji-janji Allah,mesti yaqin dengan ''kalam-kalam'' Allah tentang madu lebah atau apa sahaja.Sekarang ini rata-rata dikalangan kita kurang yaqin dengan madu lebah sebagai penawar tapi lebih yaqin dengan ubat-ubatan dari hospital yang mana hasil ubatan itu hasil tangan ''musuh-musuh islam''.Di zaman ini,kalau sakit,biasanya kita ni, pertama sekali pergi klinik cari doktor,mana iman kita?sepatutnya kita ''jumpa'' Allah dulu...solat hajat dua rakaat,sabar dan ikhtiar dengan penawar yang Allah sarankan.
  Selalu je kan kita dengar perbualan macam ni ''anak saya demam'' maka yang mendengar tu cakap''pergi klinik cepat-cepat'',''jangan lupa jumpa doktor''.Jarang saya dengar kalau ada yang syor ''solat dua rakaat minta Allah sembuhkan anak''.Apa yang penting keyaqinan kita pada Allah..Sama-sama kita jadikan madu lebah dan makanan sunnah yang lain seperti habbatusaudaa',minyak zaitun dan sebagainya sebagai ''penawar'' utama kita .Di sini shida sertakan hadis-hadis mengenai madu lebah,

~''Rasulullah SAW sangat menyenangi madu~Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum dan membaca alQuran~~(Dari Imam Ja'far asSodiq )

~''Rasulullah SAW bersabda ''Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat untuk melakukan nasihat alQuran,maka Allah SWT akan menyembuhkan darinya 77 penyakit''~

~''Rasulullah SAW bersabda ''barangsiapa yang inginmemilik ingatan yang kuat,hendaklah ia meminum madu''~

~''Rasulullah SAW bersabda ''Sebaik-baik minuman adalah madu,kerana ianya dapat mengkonsentaasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada''~

~''Rasulullah SAW bersabda''Madu adalah ubat segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya,ia dapat meghilangkan lendir dan membersihkan hati''~(Dari Imam Ali ra.)~

~''Rasulullah SAW bersabda''Allah Swt telah meletakkan berkah di dalam madu lebah,dan menjadikannya sebgai ubat dari rasa nyilu,dan madu telah di doakan oleh 70 Nabi a.s.~

~''Rasulullah SAW bersabda ''5 perkara dapat menghilangkan lupa,menambah hafalan dan menghilangkan lendir iaitu bersiwak,puasa,membaca alQuran,minum madu dan memakan luban''~(Kitab Makaarimul Akhlaq)

Ini lah contoh madu Lebah Asli.kalau warna lebih muda maknanya madu tu masih baru,kalau gelap sikit warnanya lebih lama di atas pokok.
Mohon maaf di atas salah kata,kerna yang baik itu daripada Allah ,yang lemah itu berpunca ''lemahnya diri ini''.(^__^) Oh ye ,alhamdulillah hari ni Bidadari Hisham sudah kebah dari demam dan tekak tak sakit lagi...Salaam Sayang dari Bidadari Hisham.

Khamis, 9 Jun 2011

DI SAAT AKU MENDAMBAKAN SEORANG TEMAN


Dalam menempuhi ranjau perjuangan,aku sendiri tiada berteman,hanya airmata dan Rafiqul A'laa yang sentiasa ada di sisi.Sejak aku melangkah ke jalan ini,berbagai mehnah telah kutempuhi,saat itu aku rasa sukar dan derita kerna aku tak punya siapa-siapa yang faham apa yang aku inginkan dalam kehidupanku,kini ''sukar'' itu menjadi sebuah kenangan yang indah dalam perjuanganku.Di saat aku meluahkan tentang ''keajaiban cinta'' surat ini sudah setahun aku simpan dalam sebuah kertas berwarna biru,tak tau nak tujukan pada siapa-siapa,cuma sekadar tulisan dari hati.
.............................................................................................................
Buat insan yg aku rindui,,,,,,,,,,,,,,,,,
Aku ingin nyatakan padamu,,wahai insan yang aku rindu,
Biarkan!!,,aku tidak tahu siapa dirimu,,di mana kamu berada,,
dan tidak pernah melihat dirimu,,
Bagaimana rupamu,,,tidak dapat aku bayangkan,,
Kenapa aku perlu merinduimu?
Usah ditanya dan usah diragui,,serahkan sja pada Allah s.w.t,,
Rindu dan cintaku padamu,,adalah semata2 kerana Allah s.w.t,,
Kalau tidak kerana Dia yg Maha Agung,,aku tidak akan menyintaimu,,
apa yg penting bagiku,,,kau adalah seorang perindu dan pencinta Tuhan,,
kau meletakkan Cinta Agung itu matlamat hidupmu,,
sehingga apa yg kau lakukan menjadi ibadah dan mendapat redha Allah,,
Mungkin aku ini tidak layak untukmu,,tapi aku ingin menjadi sepertimu,,,
mendapat mardhiyyah dan maghfirah Allah selalu
dan aku ,,akan cuba demi Allah,,,Tuhan sekelian alam,,
Pic hiasan,tapi nak citer lebih kurang camni la harapan tu.
Ku harap suatu hari nanti,,,kita akan terus bersama dalam menggapai redha Allah,,
dan aku,,memerlukan tunjuk ajar darimu,,
Aku dapat melihatmu dengan mata hatiku,,
penampilanmu yang cukup indah,,
tutur bicaramu yang cukup berilmu,,
hanya dengan izin Allah,,,kau akan tiba suatu hari nanti,,,kan kunanti saat itu,,
Bawalah aku bersamamu,,,dalam menuju negara abadi yang indah dan tenang dalam keredhaan Allah,,
Mungkin esok kudapat bersua denganmu,,,,,

,,,muslimatus_syahidah,,2000,,,(16thn)

JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular