Khamis, 9 Jun 2011

DI SAAT AKU MENDAMBAKAN SEORANG TEMAN


Dalam menempuhi ranjau perjuangan,aku sendiri tiada berteman,hanya airmata dan Rafiqul A'laa yang sentiasa ada di sisi.Sejak aku melangkah ke jalan ini,berbagai mehnah telah kutempuhi,saat itu aku rasa sukar dan derita kerna aku tak punya siapa-siapa yang faham apa yang aku inginkan dalam kehidupanku,kini ''sukar'' itu menjadi sebuah kenangan yang indah dalam perjuanganku.Di saat aku meluahkan tentang ''keajaiban cinta'' surat ini sudah setahun aku simpan dalam sebuah kertas berwarna biru,tak tau nak tujukan pada siapa-siapa,cuma sekadar tulisan dari hati.
.............................................................................................................
Buat insan yg aku rindui,,,,,,,,,,,,,,,,,
Aku ingin nyatakan padamu,,wahai insan yang aku rindu,
Biarkan!!,,aku tidak tahu siapa dirimu,,di mana kamu berada,,
dan tidak pernah melihat dirimu,,
Bagaimana rupamu,,,tidak dapat aku bayangkan,,
Kenapa aku perlu merinduimu?
Usah ditanya dan usah diragui,,serahkan sja pada Allah s.w.t,,
Rindu dan cintaku padamu,,adalah semata2 kerana Allah s.w.t,,
Kalau tidak kerana Dia yg Maha Agung,,aku tidak akan menyintaimu,,
apa yg penting bagiku,,,kau adalah seorang perindu dan pencinta Tuhan,,
kau meletakkan Cinta Agung itu matlamat hidupmu,,
sehingga apa yg kau lakukan menjadi ibadah dan mendapat redha Allah,,
Mungkin aku ini tidak layak untukmu,,tapi aku ingin menjadi sepertimu,,,
mendapat mardhiyyah dan maghfirah Allah selalu
dan aku ,,akan cuba demi Allah,,,Tuhan sekelian alam,,
Pic hiasan,tapi nak citer lebih kurang camni la harapan tu.
Ku harap suatu hari nanti,,,kita akan terus bersama dalam menggapai redha Allah,,
dan aku,,memerlukan tunjuk ajar darimu,,
Aku dapat melihatmu dengan mata hatiku,,
penampilanmu yang cukup indah,,
tutur bicaramu yang cukup berilmu,,
hanya dengan izin Allah,,,kau akan tiba suatu hari nanti,,,kan kunanti saat itu,,
Bawalah aku bersamamu,,,dalam menuju negara abadi yang indah dan tenang dalam keredhaan Allah,,
Mungkin esok kudapat bersua denganmu,,,,,

,,,muslimatus_syahidah,,2000,,,(16thn)

Rabu, 8 Jun 2011

KEAJAIBAN CINTA !!


Setelah bertahun lamanya ,aku masih ingat lagi keajaiban kisah Jodoh ku dengannya,
itulah permulaan cinta ini,
dan dialah sidia yang setiap saat ku nanti,
Allah telah memilihnya untukku,
Gembira di hatiku Allah sahaja yang tahu,
betapa sucinya cinta ini...

Kehadirannya di bumi bertuah itu,
sungguh  tidak aku sedari,
Dia sudah pun datang untuk memetikku,
tanpaku tahu siapa dirinya,
ku abaikan permintaannya,
sedangkan dia menanti dan terus menanti,
sampai dirinya benar-benar kecewa,
kerna tiada jawapan dariku,
dengan mudah aku membiarkan lamarannya,
tapi dia setia menanti walau sudah banyak calon isteri buatnya,
dia setia menanti aku di bumi bertuah itu,
sungguh aku tidak sedar semua itu,

keghairahanku untuk teruskan cita-citaku hilang,
apabila aku sering ditimpa masalah kesihatan,
lalu aku cuba merencana sesuatu yang lebih baik untukku,
ku dengar nasihat dari sahabatku agar aku mula membina masjid,
aku ketawa..''ah mana mungkin usia semuda ini''...
entahlah..akhirnya aku akur dengan ketentuan Allah.
lalu aku terima cadangan sahabatku untuk menghubungi kenalannya,

Subhaanallah,
Sungguh tak kusangka...kenalan sahabatku itu..adalah dirinya,
yang pernah datang untuk memetikku,
masyaAllah!!..memang dikau tercipta untukku,
apabila semua itu jelas,
aku akui..dialah pilihan Allah untukku,
dan kuterima lamarannya kali ini,
maka terciptalah Cinta suci ini,
Semoga Allah merahmati kami hingga ke syurga,

dia yang terindah pernah kumiliki,
dia yang tak mungkin lenyap dalam ingatanku,
dia yang amat aku sayang,
kerana dialah  yang ku nanti selama ini,
dalam doaku...

Cinta ini sememangnya untuknya,
hanya untuknya,
ku tak ingin lagi beri cinta ini pada sesiapa,
hanya kerna dia terlalu indah,
dan Allah perintah aku mencintainya,
cintaku ini..adalah miliknya ,

inilah kisah cinta aku,
yang tercipta dengan keajaiban yang Allah ciptakan,
kerna aku miliknya dan dia milikku,
Allah memilihnya untukku dan memilihku untuknya,
Walaupun sebelumnya aku dan dia saling tidak kenal,
sememangnya pilihan Allah yang terbaik.....
Sayang selalu padanya...

Khamis, 26 Mei 2011

KEUTAMAAN RUMAH BAGI WANITA

 Alhamdulillah,..hari jumaat yg mendung,di selangi hujan rintik-rintik..Sang suria masih belum menampakkan diri,bahkan guruh yang mengalunkan nadanya sayup-sayup.Cuaca begini buat saya rasa malas,mengantuk,heheheh...rasa nak guling-guling jerr..Ermmm saya sedang berfikir apa yang saya nak kongsi hari ni?Oh ya,bagaimana dengan ''RUMAH'' atau pun kalau nak sedap dengar ''MAHLIGAI CINTA KITA''..uiii ,bunyi macam ''indah'' je kan...Rumah adalah tempat bagi wanita,sebaik-baik tempat bagi wanita,adalah rumah suaminya,kalau yang tak nikah lagi tu,rumah ibubapa lah.Kenapa ya,kita di saran untuk tetap di rumah?

KEUTAMAAN  RUMAH BAGI WANITA.


Bermula dari syaitan laknatullah yg sentiasa berusaha utk menggelincirkan org2 beriman dr jln yg lurus,di tambah pula dgn usaha kaum-kaum yahudi dan Nasrani yg sentiasa mahu kaum muslimin ikut cara hidup mereka,maka berbagai macam rayuan dan godaan diarahkan kpd kaum WANITA muslimah agar mereka KELUAR DARI RUMAH MEREKA.

 Allah swt berfirman dalam surah atThalaq; 1 maksudnya ''Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka''
  Allah berfirman lagi dlam surah alAhzab: 33 maksudnya''Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu''.


  Wanita amat penting pengaruhnya dalam kehidupan masyarakat kerana pergaulan dan tingkah laku wanita akan memberi kesan kepada lingkungannya.Sehingga syaitan berusaha ''mewarnai'' kesan itu dengan kesan yang buruk dan jahat.  


WAniTa!!!..Tahukan kalian,bahawa kamu sgt dekat dgn Allah apabila kamu berada di bahagian terdalam dr rumahmu~~Allah amat suka apabila kamu sentiasa menguruskan rumahmu,sentiasa menemani anak2mu,sentiasa menjadi bidadari utk suamimu~~BAhKan!!!...Nilaian kebaikanmu di sisi Allah itu amat lah besar apabila kamu melakukan perkara ini kerana Allah amat suka apabila kamu berada di rumah


 Sebenarnya tinggal di rumah adalah satu nikmat yang besar bagi seseorang wanita yang solihah.Rasulullah Saw bersabda ''Barangsiapa yang di suatu pagi tinggal dalam keadaan aman di dalam rumahnya,sihat tubuh badannya dan dia mendapati persediaan makan di hari itu,maka seolah-olahnya dia telah dikurniakan dunia dengan segala isinya'' (Tirmizi dan Ibnu Majah)


 Seorang cendikiawan  mengatakan bahawa,''Kelemahan wanita menyebabkan serangan penyakit kepada dirinya berlipat ganda,.Oleh kerana itu wanita merupakan sasaran berbagai penyakit.Hal ini membuktikan bahawa kehidupan yang ideal bagi seseorang wanita adalah di dalam rumah bukan di luar rumah.



 Kenapa wanita itu seharusnya di rumah?sebenarnya ada jawapannya dalam diri kita sendiri.Inilah fitrah kita sebenar,kita ingin sentiasa di lindungi,jauh daripada mata-mata jahat manusia,sentiasa ''merawat'' anak-anak kita dengan tangan emas kita sendiri.Anak-anak amat memerlukan kita,tahukan kita apabila kita tinggalkan mereka di pusat-pusat asuhan atau kepada bibik-bibik kita,atau sesiapa sahaja,ia membuahkan ''sifat dendam''  dan sifat-sifat negatif yang lain dalam diri anak-anak,tak mustahillah kalau sekarang ni,Rumah Orang-orang tua sudah wujud.Pemerhatian saya sendiri orang dewasa yang ibunya sepenuh masa menjaganya di waktu kecilnya,sifatnya lebih kepada kebaikan,tanggungjawabnya,kasih sayangnya,belas kasihnya,memang wujud dalam hatinya,insyaAllah.
  
  Si Suami pula jauh di sudut hatinya amat suka andai isterinya tetap di rumah,menyambutnya tatkala dia pulang dari berpergian,melayannya umpama ''bidadari'',dan isterinya sentiasa menanti dan bersedia untuk beri khidmat kepadanya.InsyaAllah keluarnya suami kita dari rumah dengan peribadi yang utuh,dengan keyaqinan diri yang tinggi,jerana ''bateri jiwa''nya sudah di cas ,jadi laju lah ''kenderaan'' perjuangannya,tak mati di tengah jalan lagi.


 .Kita sudah jauh dengan agama sempurna sebenarnya,jadi kita asyik dengan ''doktrin-doktrin'' yahudi nasara,yang tidak pernah jemu untuk mengeluarkan wanita-wanita islam dari ''kehidupan fitrahnya''.Yaqinlah,kebahagiaan sebenar wanita adalah di mahligainya.




Lagi pun kita akan  Kekal CANTIK dgn sentiasa berada di rumah,perindahkan rumah,hiburkan hati anak2,bahagiakan suami.Pasti kita sentiasa CANTIK,BADAN SIHAT DAN SLIM,MINDA pula TENANGGGG sekali.Ayuh kita kembali kepada hakikat kejadian WANITA.Hidup berkat bertambah ceria...InsyaAllah...Apabila kita benar-benar fahami ''keadaan'' ini,kita tidak mudah kena masaalah ''berat badan berlebihan'',stress yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik.




  Banyak juga ni hadis-hadis yang berkaitan dengan ''rumah'' yang saya nak kongsi,insyaAllah di lain masa.Marilah kikta sama-sama renung dan fikir jauh(akhirat),apa yang Allah ''hendak'' daripada kita yakni wanita.Wallahu'alam.









JOm Baca Lagi! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Catatan Popular